 Pembentangan Penilaian Anugerah Kualiti Sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tkt. 4 Bahagian Pengurusan, IPJKR Johor.
Panel Penilai Anugerah yang di ketuai oleh Pn. Norayah binti Bakri dan Pegawai Penyelaras Tn Hj Mohamad Salleh bin Abu Bakar.
[25/01/2012 23:38 - admin]
>> Baca lagi
|
 Projek Pembinaan HF Khas DiRaja, Penambahbaikan Wad & Tempat Letak Kereta di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kepada Kementerian Kesihataan Malaysia telah disempurnakan pada 18 Januari 2012. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, YB Dato Sri Liow Tiong Lai dan Pengarah JKR Johor turut bersama dalam majlis berkenaan.
[25/01/2012 13:38 - admin]
>> Baca lagi
|
 Berdasarkan pada Surat Pekeliling P.P.Bil. 7/2011 - Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang berkuatkuasa mulai 01 Januari 2012. Semua pegawai dan kakitangan JKR Johor perlu melengkapkan BORANG PENILAIAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN - Lampiran D.
[20/01/2012 08:31 - pentadbiran]
>> Baca lagi
|
Pihak Pengurusan JKR Johor akan mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat JKR Johor 2012. Oleh yang demikian semua Ketua Jabatan di daerah-daerah, cawangan dan bahagian diminta mencalonkan Kumpulan KIK masing-masing yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Teknikal dan Kategori Pengurusan. Tarikh Tutup Permohonan pada 28 Februari 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-2666978, Seksyen Pembangunan Kerjaya, Ibu Pejabat JKR Johor.
[16/01/2012 09:55 - pentadbiran]
|