MalayArabicChinese (Simplified)English
 
 
 
 
A
A
A
JKR Johor
PAUTAN LAIN

 

SEJARAH PENUBUHAN JKR MALAYSIA


Mengikut penerbitan sejarah penubuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan oleh arkib Negara Malaysia pada tahun 1988, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1780an yang berkemungkinan ada kaitan dengan penubuhan Pulau Pinang pada tahun 1786. Catatan rekod yang diperolehi adalah seperti berikut:

1780an - Jabatan Kerja Raya telah wujud sebagai salah satu Jabatan Kerajaan yang paling awal.

1819 - Keberkesanan organisasi dan operasi jabatan ini mulai jelas selepas pembukaan Singapura.

Feb. 1948 - Organisasi Jabatan Kerja Raya diubahsuai selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.

April 1951- Jabatan Kerja Raya diletakkan dibawah portfolio Ahli untuk Kerja Raya Dan Perumahan.

Ogos 1955 - Jabatan ini dibawah Kementerian Kerja Raya.

1956 - Diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya , Telekom dan Pos.

1963 - Diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya , Telekom, Tenaga dan Pos.

1976 - Jabatan ini diletakkan dibawah Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam.

1983 - Diletakkan dibawah Kementerian Kerja Raya.


SEJARAH PENUBUHAN JKR JOHOR


Pentadbiran Negeri Johor pada awalnya berpusat di Telok Belanga, Singapura dan hanya 3 jabatan sahaja yang menjadi asas kepada pentadbiran negeri pada masa itu. Jabatan tersebut ialah:

  1. Pejabat Temenggong.
  2. Pejabat Istana.
  3. Pejabat Menteri Besar.

Seterusnya Pentadbiran Negeri Johor telah dipindahkan ke Johor Bahru diantara tahun 1855 hingga 1873. Menurut rekod, beberapa lagi jabatan telah ditubuhkan iaitu:

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri.
  2. Perbendaharaan Negeri.
  3. Jabatan Polis.
  4. Jabatan Kehakiman.
  5. Jabatan Laut.
  6. Jabatan Penjara.
  7. Jabatan Kerja Raya.

Jabatan Kerja Raya Johor telah ditubuhkan pada tahun 1873 dan telah dikenali sebagai Jabatan Tanah dan Kerja Raya. Jabatan ini serta jabat-jabatan lain yang ada pada ketika itu kebanyakan mengambil khidmat pegawai-pegawai berbangsa Eropah secara kontrak. Kesemua Jabatan ini telah diletakkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Pada tahun 1883, terdapat pengkhususan tugas yang lebih jelas dengan pengasingan Jabatan Kerja Raya daripada Jabatan Tanah dan diletakkan dibawah seorang Pesuruhjaya British secara kontrak. Jabatan ini berpusat di Johor Bahru.

Pada tahun 1901, pentadbiran jabatan diletakkan dibawah seorang Yang Dipertua dan dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya, Ukur Tanah dan Bandaran dengan ditadbirkan bersama oleh seorang Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan Pesuruhjaya Bandaran.

Pada tahun1906, Jabatan Kerja Raya dan Pesuruhjaya Bandaran dipisahkan kepada dua jabatan yang berasingan. Bahagian Ukur pula telah diserahkan dibawah Jabatan Tanah sehingga ia ditubuhkan sebagai jabatan yang berasingan pada tahun 1914.


PENGUMUMAN

Pengurusan Laman Web JKR mengalu-alukan maklumat terkini dari Bahagian/Cawangan/Daerah.  Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada johor@jkrjohor.gov.my. Kerjasama dari tuan/puan bagi menjayakan laman web JKR Johor ini amatlah dihargai.
 


Sila dapatkan ID dan Pasword dari Pegawai HRMIS Daerah dan Bahagian yang telah dilantik. Bantuan mendapatkan setting IE9 Sila Klik Disini...


GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MyMIS) Sila Klik Disini...

PAUTAN PILIHAN
Job Malaysia
MUTIARA KATA

"orang yang tak pernah melakukan kesilapan adalah mereka yang tak pernah melakukan sesuatu"