Guestbook | Gallery | Forums | Downloads | Calendar | Site map | Login | 3 active visitors
pautan berkaitan

JKR Malaysia
JKR Negeri
SKALA
RAKAN
SPK
HRMIS
Perbendaraan Malaysia
E-mel Rasmi Johor
GroupWise
Bahagian Latihan JKR
Unit Perpustakaan & Sumber
Seksyen Peperiksaan
PTK
My Government
Lembaga Jurutera Malaysia
Lembaga Arkitek Malaysia
Lbg. Juruukur Bahan M'sia
CIDB

pautan pilihan












Penafian

Jabatan Kerja Raja Johor tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.



Kami adalah komited untuk menyediakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembanguan negara. Dalam menyediakan keperluan di atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada:

1.

Jangka masa secepat mungkin

2.

Kos yang ekonomik

3.

Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik

Jabatan ini akan sentiasa memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang dipertanggungjawabkan berfungsi sepertimana yang ditetapkan. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji:

Aktiviti: Jalan
Pelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Pengguna Jalanraya

Mereka bentuk dan melaksanakan projek pembinaan jalan yang berkualiti mengikut jadual yang ditetapkan.
Dalam memastikan pengguna jalan raya dapat menikmati perjalanan dengan selamat, mudah dan selesa:

Setiap kerja pembaikan di atas jalan raya akan dilengkapi dengan papan-papan tanda dan alat amaran lain yang secukupnya.

Tindakan untuk memperbaiki lubang-lubang (pothholes) di atas turapan jalan yang merbahayakan lalulintas akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.

Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang dan tanah runtuh, tindakan yang sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.

Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media masa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.

Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima melalui pihak berkuasa tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan selepas menerimanya.

Aktiviti: Bangunan

Pelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Pengguna Bangunan

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaanya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:

20 bulan bagi pelan piawaian

24 bulan bagi reka bentuk baru


Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaanya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:

22 bulan bagi pelan piawaian

36 bulan bagi reka bentuk baru

Tempoh penyempurnaan kerja-kerja penyelenggaraan adalah:

Aduan-aduan yang diterima akan disiasat dalam masa 24 jam

Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 24 jam

Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 4 minggu

Akitiviti: Lapangan Terbang & Pelabuhan
Pelanggan Utama: Agensi Kerajaan

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:

20 bulan bagi pelan piawai

24 bulan bagi reka bentuk baru

Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:
   

22 bulan bagi pelan piawai

36 bulan bagi rekabentuk baru

Aktiviti: Lain-lain
Pelangan Utama: Agensi Kerajaan, Pihak awam

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal

24 jam

Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat

  4 bulan

Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat

  1bulan       

Penggantian chiller 

15 bulan

Penggantian lif

15 bulan

Menaik taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler 

15 bulan

Aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil tindakan dalam tempoh berikut:

Memberi respon kepada aduan kerosakan semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan dalam tempoh satu (1) hari.

Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik dalam tempoh masa:
    1. Satu (1) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang biasa
    2. Tujuh (7) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang rumit

 

Sumber dari:
Kemaskini oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Dikemaskini pada : 04/09/2009
PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN
intergriti
pengumuman
JKR Daerah

DAERAH
JKR Muar
 JKR Ledang
 JKR Batu Pahat
 JKR Pontian
 JKR Kluang
 JKR Johor Bahru
 JKR Kulai Jaya
 JKR Kota Tinggi
 JKR Mersing
 JKR Segamat
CAWANGAN
 
Mekanikal
Elektrik
Perolehan Negeri

MUTIARA KATA

"orang yang tak pernah melakukan kesilapan adalah mereka yang tak pernah melakukan sesuatu"