|
Jabatan Kerja Raja Johor tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
|
| PERUTUSAN
> Timbalan Pengarah
|
Assalamualaikum , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kerja Raya Johor.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan Laman Web JKR Johor khususnya Bahagian Pentadbiran yang menyediakan laman web ini. Laman Web Jabatan Kerja Raya Johor dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada mesyarakat awam serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini.
Kandungan laman web ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian masing-masing.
Harapan saya semoga maklumat -maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada kita semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR Johor. Saya juga mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini dan selamat melayari laman web ini.
Sekian, terima kasih
HAJI BUSARI BIN HAJI AHMAD
Timbalan Pengarah,
Kerja Raya Johor. |
|
| | "kegagalan dalam kemuliaan adalah lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan" - pujangga |
|
|
|