|
Jabatan Kerja Raja Johor tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
|
|
 |
 |
| Jabatan Kerja Raya Johor adalah sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek-projek pembangunan samaada projek persekutuan ataupun projek negeri. Projek pembangunan tersebut merangkumi pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya serta bangunan kerajaan di Negeri Johor Darul Takzim. |
-
Di samping berperanan sebagai agensi pelaksana projek-projek pembangunan, Jabatan Kerja Raya Johor juga berperanan sebagai penasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan lain khususnya yang berkaitaan dengan perlaksanaan projek pembangunan.
-
Sejajar dengan peredaran zaman teknologi masakini, jabatan ini juga tidak ketinggalan dalam menggunakan komputer ke tahap yang maksima di dalam kerja-kerja pentadbiran, kerja-kerja merekabentuk dan kerja-kerja pemantauan projek-projek pembangunan. Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang unggul dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri ini jabatan ini adalah komited untuk melaksanakan dan menyiapkan projek-projek yang dipertanggungjawabkan dengan jangkamasa yang secepat munkin, kos yang ekonomik serta rupabentuk dan kualiti yang terbaik.
-
Laman Web Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Darul Takzim adalah bertujuan sebagai sumber maklumat untuk semua rakyat Malaysia, di mana semua aktiviti jabatan adalah telus kepada orang awam.
-
Wabillahitaufiqwalhidayah wasallamualaikum warahmatullah hiwabarahkatuh...
-
Terima Kasih.
Dato' Ir. Hj. Abu Bakar Bin Ahmad |
| | "mengapa harus merasa hina kerana tidak berkasut kerana ada manusia yang tidak berkaki" |
|
|
|